Friday, September 24, 2010

Wanita & pohon semalu.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu
kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil...

Baginda s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Iman memiliki lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang. Cabang yang tertinggi ialah syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah s.w.t. Dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalan. Dan malu adalah salah satu cabang daripada iman."

No comments:

Post a Comment